Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

VIDEO Wanita Berniqab Ditembak Penembak Tepat Tentera Mesir


Semalam gempar apabila dilaporkan lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Dalam pada itu, sebuah video rakaman amatur yang kini sedang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita berniqab ditembak mati oleh penembak tepat.

Video 48 saat itu menunukkan seorang wanita berniqab bertindak berani merakam serangan video serangan terhadap penyokong Morsi.

Merujuk kepada saat ke 14 rakaman tersebut, wanita itu sedang asyik membuat rakaman.

Secara tiba-tiba, wanita tersebut rebah dan dia diangkat oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk dibantu.

Kelihatan kesan tembakan di hadapan dada wanita tersebut.

Apabila diterbalikkan mangsa, darah telah membasahi baju wanita tersebut.

Jelas, tembakan tersebut dibuat oleh penembak tepat dan tembakan tersebut menembusi jantung wanita itu.

Umum beranggapan bahawa tindakan penembak tepat menembak wanita itu disebabkan mereka tidak mahu situasi sebenar di Mesir tersebar kepada media.

Para wartawan juga dikatakan menjadi mangsa kepada sasaran penembak tepat disebabkan yang menjadi sebahagian daripada amaran supaya tragedi di Mesir itu tidak disebarkan kepada dunia.

Memetik laporan Al-Jazeera, selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.

Takziah kepada wanita itu dan semua umat Islam yang terbunuh dalam pertempuran yang sangat menyayat hati semalam.

Al-Fatihah.

Saksikan video tragik itu.

Read More..

Sabtu, 21 Desember 2013

Wanita paling cantik di Asia 2012

Siapakah wanita paling cantik di Asia 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia 2012 yang korang perlu tahu. Nama wanita ini ialah Elly Tran Ha, seorang yang berbangsa Vietnam dan berumur 25 tahun. Wanita paling cantik di Asia 2012 ini merupakan seorang model sepenuh masa di Vietnam dan beliau mula terkenal pada tahun 2009 selepas beberapa gambar seksinya tersebar di internet melalui blog. Elly Tran Ha mempunyai ketinggian 1.63m dan berat 47kg.







Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Salam semua,





Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah.
Sumber: Penpatah Dot Blogspot Dot Com

Read More..

Selasa, 26 November 2013

Feng Luoyu Wanita Pemburu Suami dari China ke AS

Feng Luoyu, 27, tak patah semangat dalam pencarian cinta sejati dalam hidupnya. Setelah menjadi bahan tertawaan di Shanghai demi berburu pria idamannya bakal suami, Louyu kini membawa harapan yang sama di New York, Amerika Serikat.

Setelah didepak dari negara asalnya, China, Luoyu kini bekerja sebagai terapis manikur di sebuah salon di Brooklyn. Wanita muda ini terkenal di saat menyebar selebaran karakter pria yang bisa menjadi pasangannya di Shanghai dua tahun lalu.
Feng Luoyu
Kala itu, lewat iklan dan selebaran, dia mencari pria idamannya dengan berbagai kriteria khusus. Salah satunya, si pria harus lulus dari salah satu universitas terkemuka jurusan ekonomi atau yang setara dengan itu. Tinggi pria harus berkisar 175-183 cm bertolak belakang dengan tingginya yang hanya mencapai 137 cm.
Selain itu, si pria juga haruslah penduduk asli pesisir China timur. Persyaratan lainnya, si pria tidak boleh mempunyai anak sebelumnya dan tidak boleh mempunyai mantan pacar yang melakukan aborsi.

Di bagian pekerjaan, Luoyu menjelaskan secara spesifik pria impiannya. Dia menulis, pria idamannya tidak boleh seorang pegawai negeri, namun tidak apa-apa jika ia bekerja di salah satu perusahaan besar di China seperti PetroChina, Sinopec atau bank terkemuka. Standarnya ini menimbulkan tanda tanya, mengingat posisinya saat itu hanyalah seorang kasir di sebuah cabang supermarket.

Di dunia maya, ia dikenal dengan nama ‘Sister Phoenix’ atau ‘Sister Feng’ dan menjadi bahan tertawaan karena permintaannya akan pria idaman tidak sesuai dengan wajahnya yang dianggap pas-pasan. Belum lagi tinggi yang dibawah rata-rata, serta gaji kecil sekitar 146 dolar Amerika atau Rp1,3 juta per bulan.
Feng Luoyu
“Saya dibenci di China dan saya tidak mau dibenci oleh orang sini," katanya pada The New York Post dalam bahasa Mandarin. Menurutnya, Amerika merupakan tempat semua orang bisa sukses. Ia berencana membuka bisnis kecil dan mengembangkannya menjadi bisnis skala internasional.
Read More..