Tampilkan postingan dengan label ditembak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditembak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 25 Februari 2014

VIDEO Wanita Berniqab Ditembak Penembak Tepat Tentera Mesir


Semalam gempar apabila dilaporkan lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Dalam pada itu, sebuah video rakaman amatur yang kini sedang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita berniqab ditembak mati oleh penembak tepat.

Video 48 saat itu menunukkan seorang wanita berniqab bertindak berani merakam serangan video serangan terhadap penyokong Morsi.

Merujuk kepada saat ke 14 rakaman tersebut, wanita itu sedang asyik membuat rakaman.

Secara tiba-tiba, wanita tersebut rebah dan dia diangkat oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk dibantu.

Kelihatan kesan tembakan di hadapan dada wanita tersebut.

Apabila diterbalikkan mangsa, darah telah membasahi baju wanita tersebut.

Jelas, tembakan tersebut dibuat oleh penembak tepat dan tembakan tersebut menembusi jantung wanita itu.

Umum beranggapan bahawa tindakan penembak tepat menembak wanita itu disebabkan mereka tidak mahu situasi sebenar di Mesir tersebar kepada media.

Para wartawan juga dikatakan menjadi mangsa kepada sasaran penembak tepat disebabkan yang menjadi sebahagian daripada amaran supaya tragedi di Mesir itu tidak disebarkan kepada dunia.

Memetik laporan Al-Jazeera, selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.

Takziah kepada wanita itu dan semua umat Islam yang terbunuh dalam pertempuran yang sangat menyayat hati semalam.

Al-Fatihah.

Saksikan video tragik itu.

Read More..

Rabu, 05 Februari 2014

Bekas Pegawai Tentera Udara Mati Ditembak Adalah Ketua Geng 36


IPOH - Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.

"Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.

Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap. - mStar Online
Read More..