Tampilkan postingan dengan label tentera. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tentera. Tampilkan semua postingan
Selasa, 25 Februari 2014
VIDEO Wanita Berniqab Ditembak Penembak Tepat Tentera Mesir

Semalam gempar apabila dilaporkan lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.
Dalam pada itu, sebuah video rakaman amatur yang kini sedang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita berniqab ditembak mati oleh penembak tepat.
Video 48 saat itu menunukkan seorang wanita berniqab bertindak berani merakam serangan video serangan terhadap penyokong Morsi.
Merujuk kepada saat ke 14 rakaman tersebut, wanita itu sedang asyik membuat rakaman.
Secara tiba-tiba, wanita tersebut rebah dan dia diangkat oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk dibantu.
Kelihatan kesan tembakan di hadapan dada wanita tersebut.
Apabila diterbalikkan mangsa, darah telah membasahi baju wanita tersebut.
Jelas, tembakan tersebut dibuat oleh penembak tepat dan tembakan tersebut menembusi jantung wanita itu.
Umum beranggapan bahawa tindakan penembak tepat menembak wanita itu disebabkan mereka tidak mahu situasi sebenar di Mesir tersebar kepada media.
Para wartawan juga dikatakan menjadi mangsa kepada sasaran penembak tepat disebabkan yang menjadi sebahagian daripada amaran supaya tragedi di Mesir itu tidak disebarkan kepada dunia.
Memetik laporan Al-Jazeera, selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.
Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.
Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.
Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.
Takziah kepada wanita itu dan semua umat Islam yang terbunuh dalam pertempuran yang sangat menyayat hati semalam.
Al-Fatihah.
Saksikan video tragik itu.
Rabu, 05 Februari 2014
Bekas Pegawai Tentera Udara Mati Ditembak Adalah Ketua Geng 36

IPOH - Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah di sini pada Ahad merupakan ketua Geng 36 di Batu Gajah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, S. Jambu Keshan, 39, dipercayai ditembak mati oleh musuh kumpulan tersebut kerana ada kaitan dengan dadah.
"Kami juga percaya insiden itu ada kaitan dengan pertelingkahan di antara ahli kumpulan mangsa, Geng 04 dan Geng 08," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Jambu Keshan mati ditembak oleh seorang lelaki bertopeng berhampiran restoran bapanya di Taman Rishah di sini kira-kira pukul 7.15 pagi Ahad.
Mohd Dzuraidi berkata polis telah merakam keterangan dua orang saksi dan percaya suspek yang terlibat dalam insiden itu lebih daripada dua orang.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai berhampiran menunjukkan lelaki bertopeng itu manakala cermin kereta Toyota Vios yang dipandu rakan suspek itu berwarna gelap. - mStar Online
Kamis, 30 Januari 2014
Tentera lelaki German memiliki payudara
Tentera Jerman (Foto: Metro)
BERLIN – Tentera Jerman sepertinya harus mencari kaedah latihan yang berbeda untuk tenteranya setelah beberapa tentera lelaki diketahui mempunyai payudara. Payudara tersebut tumbuh kerana dada dari tentera seringkali tertekan oleh gagang senapang saat latihan.
Para tentera itu mengalami sebuah kelainan bernama gynecomastia yang menyebabkan perkembangan kelenjar payudara pada lelaki. Uniknya lagi, para tentera lelaki tersebut hanya memiliki payudara hanya pada dada sebelah kirinya. Hal itu terjadi kerana para tentera menekan gagang senjata mereka hanya ke dada bahagian kirinya saja.
Tentera Jerman yang memiliki payudara tersebut berasal dari pasukan elit Wachbataillon. Sekitar 75 persen anggota pasukan elit tersebut diketahui memiliki payudara di dada kirinya.
“Ada hubungan yang signifikan antara cara mereka melakukan latihan dengan perkembangan payudara di dada bagian kiri para tentera lelaki,” ujar peneliti yang memeriksa tentera tersebut Profesor Bjorn Krapohl, seperti dikutip Metro, Khamis (24/1/2013).
“Saya sarankan tentera jerman untuk mengubah metode latihannya. Tekanan gagang senapang secara terus menerus pada dada kiri merupakan penyebab utama tumbuhnya payudara,” tambahnya.
Tentera Jerman sendiri menyatakan, pihaknya sedang melakukan pemeriksaan terhadap para tentera yang ditumbuhi oleh payudara. Mereka pun memberikan perawatan medis kepada para tentera yang mengalami kelainan tersebut.(faj

Langganan:
Postingan (Atom)