Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Tentera lelaki German memiliki payudara

Tentara Jerman (Foto: Metro)
Tentera Jerman (Foto: Metro)
BERLINTentera Jerman sepertinya harus mencari kaedah latihan yang berbeda untuk tenteranya setelah beberapa tentera lelaki diketahui mempunyai payudara. Payudara tersebut tumbuh kerana dada dari tentera seringkali tertekan oleh gagang senapang saat latihan.

Para tentera itu mengalami sebuah kelainan bernama gynecomastia yang menyebabkan perkembangan kelenjar payudara pada lelaki. Uniknya lagi, para tentera lelaki tersebut hanya memiliki payudara hanya pada dada sebelah kirinya. Hal itu terjadi kerana para tentera menekan gagang senjata mereka hanya ke dada bahagian kirinya saja.

Tentera Jerman yang memiliki payudara tersebut berasal dari pasukan elit Wachbataillon. Sekitar 75 persen anggota pasukan elit tersebut diketahui memiliki payudara di dada kirinya.

“Ada hubungan yang signifikan antara cara mereka melakukan latihan dengan perkembangan payudara di dada bagian kiri para tentera lelaki,” ujar peneliti yang memeriksa tentera tersebut Profesor Bjorn Krapohl, seperti dikutip Metro, Khamis (24/1/2013).

“Saya sarankan  tentera jerman untuk mengubah metode latihannya. Tekanan gagang senapang secara terus menerus pada dada kiri merupakan penyebab utama tumbuhnya payudara,” tambahnya.

Tentera Jerman sendiri menyatakan, pihaknya sedang melakukan pemeriksaan terhadap para tentera yang ditumbuhi oleh payudara. Mereka pun memberikan perawatan medis kepada para tentera yang mengalami kelainan tersebut.(faj
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Berjabat tangan bersalam sesama lelaki dilarang di Israel

 18 Ogos 2013
Seluruh kebudayaan dunia selalu menganggap berjabat tangan (shakehand) merupakan simbol silaturahim  dan keakraban. Namun tidak demikian dengan Israel. Di negara zionis tersebut, bersalaman antara-sesama lelaki   dilarang.

Abraham, seorang rabi yang sekaligus Ketua Departemen Pendidikan Guru di Israel menerbitkan satu fatwa larangan untuk bersalaman sesama lelaki. Fatwa ini dikeluarkan kerana bersalaman sesama lelaki dianggap membawa dosa dan haram.

Menurut rabi, kaum lelaki hanya diperbolehkan saling bersentuhan jari tangan. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesucian generasi berikutnya.

Benar-benar tidak masuk akal.

(Al Jazeera)
Read More..

Minggu, 15 Desember 2013

Lelaki ini dikecam hebat kerana jatuh cinta dengan doktor yang merawat mendiang isterinya

18 Nov 2013

 
 Robert Owens dan Dr Judith Ames (Getty Images)
London, - Cinta memang boleh hadir bila-bila masa saja . Hanya 19 hari setelah kematian isterinya, seorang lelaki lanjut usia di England, Robert Owens, bertunangan dengan pujaan hatinya. Namun kisah cinta mereka menuai kecaman kerana   wanita pujaan hati adalah doktor yang merawat isteri lelaki tersebut sebelum meninggal.

Pihak keluarga dan kolega mereka mencaci hubungan tersebut. Bahkan atas kes ini, sang doktor, Judith Ames digantung kerja dan tak boleh melakukan kerja-kerja kedoktorannya.

Namun Owens dan tunangannya, Ames berkeras bahawa hal ini di luar kawalan mereka. "Ini kisah cinta. Kami jatuh cinta," kata Owens kepada Daily Mail, Isnin (18/11/2013).

"Kami tak boleh mencegahnya -- ini terjadi begitu saja. Kami langsung klik dan satu-satunya penyesalan saya adalah itu semua terjadi begitu cepat. Tidak memberikan waktu bagi yang lainnya di keluarga untuk berduka. Saya sesalkan hal itu tapi memang seperti itulah adanya," tutur lelaki  berumur 66 tahun itu.

Ditegaskan Owens, tak ada yang terjadi antara dirinya dan sang doktor berumur 52 tahun tersebut sebelum isterinya meninggal akibat kanser paru-paru. Dr Ames-lah yang merawat isteri Owens selama beberapa minggu terakhir sebelum kematiannya.

Menurut Owens, mendiang isterinya, Joyce telah ditangani dengan sangat baik oleh Dr Ames. "Joyce telah mendapatkan penanganan yang sangat baik selama sakitnya hingga akhir," tutur Owens.

Namun panel disiplin  kedoktoran England, British Medical Practitioners Tribunal Service berpandangan lain atas kisah cinta ini. Mereka pun melarang Dr Ames menjalankan kerja-kerja kedoktoran selama 6 bulan.

"Anda menyalahgunakan kekuasaan anda dalam hubungan doktor-pesakit," demikian putusan panel disiplin  tersebut seraya menambahkan Dr Ames telah merosak kepercayaan publik dan lebih mementingkan hasrat seks untuk berhubungan dengan Owens dibandingkan pertimbangan lain.

"Perilaku anda sangat jauh di bawah standard yang diharapkan dari seorang praktisi perubatan," tambah panel tersebut.
Read More..