Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Februari 2014

Balu Wira Lahad Datu Allahyarham ASP Zulkifli Mamat Terima Ijazah Suami Di Konvo UUM


ALOR SETAR – Pegawai polis yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu, ASP Zulkifli Mamat merupakan antara penerima Ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-26 bermula 30 November ini.

Isteri Allahyarham, Noraziah Noor akan menerima Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) pada hari kedua konvokesyen pada 1 Disember.

Allahyarham merupakan anggota Pasukan Komando VAT yang 69 terkorban pada 1 Mac lalu dalam pertempuran dengan pengganas.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata Allahyarham baru sahaja menamatkan pengajian ketika berangkat ke Lahad Datu.

“Seramai 7,445 bakal menerima ijazah (termasuk seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah) pada sidang konvensyen selama empat hari itu yang berlangsung dalam lapan sesi sehingga 3 Dis,” katanya dalam sidang media di sini Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 94 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Doktor Pentadbiran (DBA) (19), Sarjana (1,069), Diploma Siswazah (47), Sarjana Muda (5,803) dan Diploma Lepas Ijazah (412).

Beliau berkata Pro Canselor UUM Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Undang-Undang).

Katanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Canselor UUM berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah di Dewan Mu’adzam Shah, Kampus Sintok pada sesi pertama.

“Konvokesyen kali ini cukup istimewa dengan penerima ijazah terdiri dari kalangan Speaker Dewan, timbalan menteri, Anggota Dewan Undangan Negeri dan penggiat seni,” katanya.

Mohamed Mustafa berkata 249 orang daripada 5,803 penerima ijazah Sarjana Muda memperolehi keputusan cemerlang Kelas Pertama.

Seramai 420 graduan luar negara dari 22 negara yang mengikuti pengajian di UUM akan turut menerima ijazah.

Beliau berkata sebanyak 15 anugerah dan hadiah akan diberikan kepada 316 graduan dan seorang graduan akan menerima Pingat Emas Canselor dan dua graduan menerima Anugerah Pelajar DiRaja.

Seramai 40 graduan bakal menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor yang diperkenalkan sejak 1988 manakala 258 lagi Anugerah Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Sempena konvokesyen itu, UUM menganjurkan ekspo konvo mulai 27 November hingga 3 Disember dengan mendirikan 230 gerai yang menjual pelbagai barangan. – BERNAMA


Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Isteri Nyaris ‘Diratah’ Kawan Baik Suami Sendiri!

ALOR GAJAH – Hanya kerana sudah lama menyimpan perasaan, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa isteri rakan baiknya sendiri.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa terselamat namun terpaksa menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk kiri kerana cuba mempertahankan diri selepas dipukul dengan cota.

Mangsa, P Anjalai, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama anak bongsunya di dalam bilik.Menurutnya, empat lagi anaknya, Yogeswaran, 9; Phavitra, 8; Thiviya, 5; dan Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu.“Rumah saya dimasuki lelaki terbabit selepas suami, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.“Anak-anak tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sehinggalah mereka mendengar jeritan saya,” katanya.Anjalai berkata, lelaki terbabit cuba menanggalkan pakaiannya tetapi dia berjaya melawan menyebabkan suspek berang dan memukul kepalanya bertalu-talu menggunakan sebatang kayu.“Saya meraung menyebabkan anak bongsu terjaga dan menangis sambil memaut hujung kaki saya, menyebabkan lelaki terbabit semakin marah.“Dia ambil anak bongsu saya dan hempasnya ke katil, malah anak sulung yang cuba membantu turut ditolak sehingga terjatuh ke lantai,” katanya.Menurutnya, dalam kesakitan dia berjaya juga menyalakan lampu bilik dan terkejut melihat lelaki terbabit adalah rakan suaminya.

"Dia terkejut kerana saya dapat lihat wajahnya dan segera minta maaf sebelum larikan diri. Dia kata sudah lama simpan perasaan terhadap saya,” katanya yang segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.Sementara itu, Thenagaran yang bekerja sebagai kelindan lori membawa muatan kelapa sawit di Machap berkata, dia segera membawa isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Menurutnya, dia berkawan baik dengan lelaki terbabit sejak tujuh tahun lalu dan tidak menyangka kejadian itu menimpa isterinya.Berikutan kejadian itu, Thenagaran membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 6.45 pagi pada hari kejadian.Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abdul Rahman Jid berkata, seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Semasa pemeriksaan, polis menemui sebatang kayu dipercayai cota patah yang ditinggalkan di rumah mangsa.“Suspek direman empat hari sehingga 12 Ogos ini dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merogol dan memukul,” katanya. –SINAR HARIAN


Read More..

Selasa, 26 November 2013

Feng Luoyu Wanita Pemburu Suami dari China ke AS

Feng Luoyu, 27, tak patah semangat dalam pencarian cinta sejati dalam hidupnya. Setelah menjadi bahan tertawaan di Shanghai demi berburu pria idamannya bakal suami, Louyu kini membawa harapan yang sama di New York, Amerika Serikat.

Setelah didepak dari negara asalnya, China, Luoyu kini bekerja sebagai terapis manikur di sebuah salon di Brooklyn. Wanita muda ini terkenal di saat menyebar selebaran karakter pria yang bisa menjadi pasangannya di Shanghai dua tahun lalu.
Feng Luoyu
Kala itu, lewat iklan dan selebaran, dia mencari pria idamannya dengan berbagai kriteria khusus. Salah satunya, si pria harus lulus dari salah satu universitas terkemuka jurusan ekonomi atau yang setara dengan itu. Tinggi pria harus berkisar 175-183 cm bertolak belakang dengan tingginya yang hanya mencapai 137 cm.
Selain itu, si pria juga haruslah penduduk asli pesisir China timur. Persyaratan lainnya, si pria tidak boleh mempunyai anak sebelumnya dan tidak boleh mempunyai mantan pacar yang melakukan aborsi.

Di bagian pekerjaan, Luoyu menjelaskan secara spesifik pria impiannya. Dia menulis, pria idamannya tidak boleh seorang pegawai negeri, namun tidak apa-apa jika ia bekerja di salah satu perusahaan besar di China seperti PetroChina, Sinopec atau bank terkemuka. Standarnya ini menimbulkan tanda tanya, mengingat posisinya saat itu hanyalah seorang kasir di sebuah cabang supermarket.

Di dunia maya, ia dikenal dengan nama ‘Sister Phoenix’ atau ‘Sister Feng’ dan menjadi bahan tertawaan karena permintaannya akan pria idaman tidak sesuai dengan wajahnya yang dianggap pas-pasan. Belum lagi tinggi yang dibawah rata-rata, serta gaji kecil sekitar 146 dolar Amerika atau Rp1,3 juta per bulan.
Feng Luoyu
“Saya dibenci di China dan saya tidak mau dibenci oleh orang sini," katanya pada The New York Post dalam bahasa Mandarin. Menurutnya, Amerika merupakan tempat semua orang bisa sukses. Ia berencana membuka bisnis kecil dan mengembangkannya menjadi bisnis skala internasional.
Read More..