Senin, 17 Februari 2014

KakaoTalk Lancar Versi Naik Taraf


KUALA LUMPUR – KakaoTalk, sebuah pengendali pesanan mudah alih global yang mempunyai lebih 110 juta pengguna di seluruh dunia, melancarkan versi 4.0.0 aplikasi yang baru dinaikkan taraf dengan wajah baharu dan prestasi yang lebih baik.

Kakao Corp dari Korea Selatan membawa wajah segar dengan reka bentuk, ciri dan identiti jenama yang baharu, sejajar dengan falsafah perkhidmatannya untuk terus berkembang dan berevolusi dengan pengguna sebagai teras.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global Kakao Corp, Kate Sohn berkata, ia memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kebolehgunaan dan kebolehtemuan ciri utama KakaoTalk serta kemudahan pengguna menerusi perubahan-perubahan tidak ketara tetapi bermakna.

“Dengan lebih penekanan terhadap identiti jenama, kami berharap ia akan membantu pengguna menemui ciri-ciri berguna dengan cara yang lebih cepat dan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Versi 4.0 yang kini boleh didapati melalui ‘Google Play’, menyediakan antara muka yang lebih mudah untuk pengguna memulakan sembang dan menerima panggilan dengan menggunakan penapis suara, kerana ia memaparkan menu yang dahulunya diakses melalui butang kekunci keras Android, dan dengan demikian memberikan pengalaman yang lebih seragam kepada pengguna Android dan juga iOS.

Sohn berkata, Kakao akan terus membangunkan perkhidmatannya di barisan hadapan  persekitaran pengguna telefon pintar dan trend reka bentuk yang berubah-ubah.

Di samping lebih kemudahan mengakses, ciri-ciri baharu ini termasuklah paparan sepintas apabila dinaiktaraf, pilihan seperti “notification”, “invite”, “leave” dan “setting” dalam kamar sembang yang disalin kepada menu kekunci lembut, manakala pada tab “chats”, satu ikon terapung telah ditambah untuk mengakhiri sesi, satu ciri perkongsian lokasi dan Kuning, warna pengenalan KakaoTalk, lebih jelas dilihat.

Selepas versi Android ini, KakaoTalk bagi iOS (pada masa ini v.3.6.9) akan dinaikkan taraf kepada v.4.0 dalam tahun ini. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar