Sabtu, 08 Februari 2014

Bintang RTM 2012 semakin sengit pada peringkat separuh akhir 1

Pertandingan Bintang RTM 2012 peringkat separuh akhir pertama sengit apabila keenam-enam peserta memberikan persaingan yang cukup hebat bagi meletakkan kedudukan masing -masing supaya menjadi yang terbaik.

Juri jemputan BRTM 2012 iaitu Hazami berkata, kesemua peserta mempunyai bakat yang cukup besar dan persembahan mereka pada malam Sabtu itu cukup meyakinkan."Sukar untuk mrmbuat pilihan siapa yang paling menonjol kerana semua mereka sangat bagus.

Atas dasar itu juga saya banyak memberi komen yang lebih kepada mendidik dan bukannya menghentam kerana mereka mempunyai asas kuat sebagai penyanyi dan hanya ada beberapa kekurangan lain yang boleh diperbetulkan," ujarnya ketika ditemui selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.

Selain Hazami, dua lagi juri adalah Muzaffar dan Adnan Abu Hassan.

Enam peserta tersebut adalah Fitri, 19, Firdaus, 22, Charles, 22, Diandra, 20, Aisha, 23 dan Christine, 16.Menampilkan Muaz sebagai pengacara, separuh akhir pertama ini menyaksikan para peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara medley.

Separuh Akhir dua akan berlangsung pada Sabtu depan sebelum juri mengumumkan siapakah yang berjaya ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar