Senin, 10 Maret 2014

Kanak kanak maut dalam kebakaran



JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak, Muhammad Iskandar Marakar, 4, maut dalam kebakaran akibat lemas terhidu asap tebal di rumah milik keluarganya di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini pukul 2 pagi tadi.

Bapa mangsa, Marakar Pekar, 45, berkata, ketika kejadian mangsa bersama kakaknya, Siti Aishah, 7, ditinggalkan di rumah kerana dia dan isteri, Masirah Berutu, 34, keluar untuk membeli barang keperluan perniagaan di Pasar Borong Pandan di sini.

“Kami kemudian bergegas pulang selepas menerima panggilan dari jiran mengatakan rumah kami terbakar pada pukul 1.45 pagi.

Menurut Marakar, sebaik membuka pintu, dia mendapati anak lelakinya tertiarap tidak sedarkan diri manakala Siti Aishah berada dalam keadaan lemah. – KOSMO!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar